Wednesday, 25 April 2012

INSTRUMEN BAND 3


KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B3 DL1
Bersoal jawab tentang sesuatu perkara

EVIDENS

B3 DL1 E1
Mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat


AKTIVITI PENTAKSIRAN





1.    Guru meminta murid-murid untuk meneliti gambar yang disediakan.
2.    Murid-murid bersoal jawab antara mereka berkaitan dengan gambar tersebut.


Contoh Gambar :



KEMAHIRAN

MEMBACA

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B3 DB1
Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting.

EVIDENS

B3 DB1 E1
Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca.


AKTIVITI PENTAKSIRAN





1.    Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan tersebut.
2.    Murid-murid diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan.
3.    Murid-murid membaca isi-isi penting.


Contoh Petikan  ;
Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius. Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah.  Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan.
Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga merupakan antara  punca berlakunya kes pembuangan bayi.
Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin.
Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat.









KEMAHIRAN

MEMBACA

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B3 DB1
Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi  penting.

EVIDENS

B3 DB1 E2
Menyusun  isi penting.


AKTIVITI PENTAKSIRAN




1.    Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan tersebut.
2.    Murid-murid  diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan.
3.    Murid-murid menyusun  isi .


Contoh Petikan  :
Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum. Oleh itu, agama Islam mengharamkan umatnya minum minuman keras.
Jika wanita hamil minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam kandungannya turut terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap penyakit sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan kesihatannya.
Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka. Pengambilan alkohol juga boleh memporak-porandakan sesebuah keluarga jika Jika dalam sesebuah keluarga itu ada pemabuk.
Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan mudah berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedarannya di seluruh negara. Jika tindakan ini segera dilaksanakan sudah tentu rakyat dapat menjimatkan wang. Tindakan tersebut juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga hidup dengan sihat dan produktif kerana bebas daripada alkohol.  Seterusnya, masalah sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini juga dapat diatasi.










KEMAHIRAN

MENULIS

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR

B3 DT1
Menulis  ayat dalam perenggan.

EVIDENS

B3 DT1 E1
Menggunakan kata dan frasa dalam  perenggan.


AKTIVITI PENTAKSIRAN












1.    Guru membaca petikan
2.    Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan kata dan frasa yang sesuai.

Contoh  Perenggan : ISTANA MENANTI (BAB 1)

        Di rumah Tuk Ngah di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Tuk Ngah __________________ dengan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng tentang istana lama yang bernama ___________________. Istana lama itu bukan sahaja menjadi bahan peninggalan sejarah yang cukup bernilai, malah istana ini banyak menyimpan cerita dari dahulu hingga sekarang. Menurut Tuk Ngah, Istana Menanti _____________  oleh tukang-tukang yang mahir ____________ Pagar Ruyung , Sumatera. Istana itu juga kononnya berpuaka dan dihuni oleh ______________ yang bernama bunian. Pada zaman dahulu, istana lama ini menjadi tempat ______________ para pejuang Melayu ketika menentang Jepun dan  _____________ . Oleh sebab itulah, Istana Menanti dibina di puncak gunung iaitu di puncak  __________________.



KEMAHIRAN

MENULIS

BAND

3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR
B3 DT1
Menulis  ayat dalam perenggan.

EVIDENS

B3 DT1 E1
Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan


AKTIVITI PENTAKSIRAN








1.    Guru mengedarkan petikan
2.    Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai

Contoh  Perenggan :
        Bergotong- royong dapat memberi banyak kebaikan kepada masyarakat. ______________ dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. _________________ aktiviti ini juga merupakan aktiviti riadah beramai-ramai serta mampu melahirkan sikap hormat-menghormati golongan muda terhadap golongan tua._________________ bergotong-royong juga menjadikan persekitaran lebih bersih dan selamat dari serangan wabak penyakit. _____________________, masyarakat diseru agar bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti ini.